KETAHUI HAK KITA
Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].
Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.
Wednesday, March 26, 2014
Hebahan: Bantahan&Serahan Memorandum
Bagi mereka yang berkelapangan dan berkesempatan dijemput hadir. Mari kita tunjukkan kebersamaan dalam membantah kejahatan rejim Jeneral Firaun Al-Sisi...
MH370 Akhirnya
“Sebagai rakyat yang prihatin tetap berdukacita...Pilu...Sepilu-pilunya...”
JIKA BEGITULAH AKHIRNYA...
Seantero dunia sudah tahu perihal MH370, seluruh rakyat Malaysia
dikejutkan dengan pengumuman oleh YAB PERDANA MENTERI tentang misteri
yang selama ini menyelubungi tragedi MH370. Ahli keluarga yang terlibat
tentunya berdebar-debar bila pengumuman itu dilakukan, perasaan sedih dan pilu
yang tidak terhingga dan tergambar oleh kita, tentunya sangat meruntun
hati-hati mereka. Seluruh rakyat di negara juga masyarakat dunia bersimpati
atas kejadian tragedi tersebut.
Sesungguhnya dengan kenyataan itu, maka terjawablah misteri tragedi selama
beberapa hari sebelum ini (16 hari ). Namun begitu banyak persoalan-persoalan
yang timbul telah menjadi tanda tanya dikalangan orang ramai. Di media-media
sosial sebahagian menyatakan kekesalannya dengan pengumuman oleh perdana
menteri, mereka memberitahu seolah-oleh kerajaan menyimpan sesuatu tentang
MH370. Terpulanglah itu hak mereka, mahu kata apa sahaja.
Mereka inginkan bukti yang sahih tentang MH370, meskipun ia sudah
dinyatakan oleh perdana menteri tentang MH370 terhempas di selatan Lautan Hindi
yang dalam itu. Rasa tidak puashati dikalangan rakyat China (terdiri 200
keluarga penumpang-Sinar Harian) sehingga mereka ke kedutaan Malaysia di
Beijing. Mungkin itu protes mereka terhadap negara kita.
Usaha-usaha untuk mencari objek dan serpihan terus dijalankan, menurut
perdana menteri sebarang hasil penemuan atau maklumat akan disampaikan kepada
keluarga mangsa juga kepada pengetahuan umum. Begitulah yang kita harapkan,
ketelusan dan kesungguhan kerajaan amat diharapkan dan ditunggu-tunggu oleh
rakyat. Kita mengharapkan kerajaan tidak akan menyimpan apa-apa rahsia tentang
MH370. Begitulah berakhirnya misteri tersebut.
Namun usaha-usaha mencari bangkai kapal terbang MH370 masih
diteruskan...berdoa, berdoa, berdoalah sebanyak-banyaknya. Buat keluarga yang
terlibat agar bersabar dalam menghadapi saat getir, kehilangan orang yang
tersayang sudah pastinya akan memberi kesan yang mendalam di setiap jiwa
mereka. Rakyat seluruhnya yang punyai hati nurani terus menerus berdoa, semoga
akan usaha-usha yang dilakukan oleh kerajaan akan dapat mendapatkan hasil
akhirnya nanti.
Sekali lagi, secara pribadinya saya mengucapkan takziah kepada
seluruh anggota keluarga yang terlibat, khususnya yang beragama Islam
dan takziah kepada yang bukan Islam. Semoga tabah menghadapi hari-hari
yang mendatang tanpa orang yang dikasihi. MH370 tetap akan menjadi memori
setiap rakyat Malaysia dan keluarga mereka.
Al-fatihah!
AYUH BERUBAH! SELAMATKAN MALAYSIA
Monday, March 24, 2014
Tetap Menang Walau Media Berat Sebelah Selamanya
Kekalahan di Kajang sudah pasti menghantui pemimpin UmnoBn. Biarpun media
mencanangkan kekurangan majoriti berbanding PRU-13. Apa pun menang tetap
menang, satu majoriti undi pun masih dianggap menang. Kemenangan ini merupakan
kemenangan rakyat, seluruh rakyat yang cintakan keadilan tentu berasa bersyukur
tidak terhingga.
Dengan kerja kuat pasukan yang mengembeleng tenaga, semua parti bertungkus
lumus berkempen dengan sedaya mungkin. Tanpa ada ruang melalui media perdana,
akhbar, tv mahupun radio, namun mesej tetap sampai ke tengah masyarakat yang
dahagakan berita-berita dari sumber yang sahih, terutamanya berita politik pakatan rakyat.
Walaupun seolah-olah tenggelam dengan berita duka kehilangan MH370, PRK DUN
N25 KAJANG tetap menjadi pilihan rakyat. Ketidaktelusan berita-berita di tv dan
radio tentang Pakatan Rakyat sangatlah tidak diherankan. Memang itulah cara
penyampaian berita mereka. Segalanya buruk dan negatif digambarkan untuk
pakatan rakyat. Seolah-oleh tiada kebaikan dan sumbangan yang diberikan oleh
pakatan rakyat untuk negara ini.
Sikap berat sebelah media tempatan sangat-sangat menjelekkan, tiada
perubahan sehingga hari ini. Sikap double standard masih terus ketara diamalkan
tanpa segan silu dan malu. Sikap memihak sangat ketara dan menjengkelkan sejak
berpuluh tahun lamanya. Jarang sekali kita dengar, nampak wajah-wajah pimpinan
pakatan rakyat muncul mewarnai kaca-kaca tv negara kita, jika ada pun berita
negatif, buruk dan berperasangka. Ada wajah tapi suaranya dibisukan.
Biar apa pun mereka lakukan, namun mereka tidak bisa menghalang rakyat dari
mendengar, melihat, meneliti, menilai, memikir apa-apa sahaja yang berlaku pada
pakatan rakyat. Perkembangan yang berlaku pada pakatan rakyat sangat diikuti
oleh seluruh rakyat. Media-media sosial memainkan peranan yang sangat
signifikan, mereka cepat tahu apa sahaja berita yang berlaku.
Walau diasak dengan ketidakadilan media perdana, pakatan rakyat tetap dapat
menyampaikan hasrat murni mereka dalam menyampaikan mesej-mesej penting kepada
rakyat. Jelas kini UmnoBn sebagai peneraju kerajaan hari ini tewas dengan
media-media sosial yang ada. Biar pun mereka juga menggunakan media ini, ia
tetap tidak dapat menawan hati sebahagian rakyat. Jelas sekali rakyat sudah
muak semuak-muaknya dengan pelbagai skandal, penyelewengan , pemborosan secara
berterusan yang dilakukan oleh para pemimpin UmnoBn.
Alhamdulillah, sebahagian rakyat sudah menunjukkan reaksi di PRK Kajang
pada hari sabtu lepas. Pengundi melayu bertambah, juga pengundi muda begitu.
Ini yang memeningkan UmnoBn, mereka pasti tertekan dengan perkembangan ini.
Mereka tidak perlu menyalahkan pakatan rakyat, mereka perlu bermuhasabah
tentang perkara ini, itu pun jika mereka mahu bermuhasabah.
Justeru itu, apa pun pakatan rakyat juga janganlah terlalu gembira sangat,
teruskan gerak kerja setiap parti baik PKR, PAS dan DAP. UmnoBn boleh buat apa
sahaja, demi mempertahankan kuasa yang ada, biar pun berkuasa dalam minoriti.
Insyallah kejayaan yang lebih besar menunggu di hadapan.
Sekali lagi syabas dan tahniah Pakatan Rakyat!
AYUH BERUBAH! SELAMATKAN MALAYSIA
Tahniah Buat Calon Pakatan Rakyat
Pakatan Rakyat menerusi Parti Keadilan Rakyat telah mengekalkan kuasanya di
DUN N25 KAJANG pada PRK semalam. Syukur Alhamdulillah, tahniah kepada
calon Pakatan Rakyat(PKR) iaitu Datin
Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Beliau mengalahkan calon Barisan Nasional
iaitu Datin Paduka Chew Mei Fun, dengan majoriti 5,379 undi.
CALON BN:
11,362 undi
CALON PR:
16,741 undi
MAJORITI:
5,379 undi
PERATUSAN KELUAR MENGUNDI:
72%
AYUH BERUBAH! SELAMATKAN MALAYSIA
Saturday, March 22, 2014
Renung-Renung Dan Fikir-Fikirkan Perbandingan Ini
Hari ini, hari mengundi di DUN 25 KAJANG, jangan lupa untuk keluar mengundi buat warga Kajang yang layak mengundi. PASTIKAN PILIHAN ANDA TEPAT..., pilihlah calon yang membela kepentingan rakyat, lupakan calon dari parti yang hanya pandai menaburkan janji-janji manis, konon-konon janji ditepati(janji dicapati).
Lihat banner di bawah, cuba bandingkan, gunakan akal yang waras...5 tahun banding 50 tahun...
RENUNG-RENUNGKAN DAN FIKIR-FIKIRKAN...PILIHAN TERLETAK DI TANGAN ANDA!
AYUH BERUBAH! SELAMATKAN MALAYSIA
Lihat banner di bawah, cuba bandingkan, gunakan akal yang waras...5 tahun banding 50 tahun...
RENUNG-RENUNGKAN DAN FIKIR-FIKIRKAN...PILIHAN TERLETAK DI TANGAN ANDA!
AYUH BERUBAH! SELAMATKAN MALAYSIA
Thursday, March 20, 2014
Pilihlah Pilihan Rakyat
Pilihan rakyat
Lagi dua hari para pengundi DUN N25 KAJANG akan turun mengundi, saya yakin
setiap individu yang layak mengundi sudah ada pilihan hati masing-masing siapa
yang mahu diundi. Memilih itu hak rakyat, parti mana, calon mana, terpulang
kepada pengundi, tiada sesiapa yang mahu memaksa mereka. Undi rahsia, betul
ke?.
Namun begitu pun, para pengundi perlu berfikir dengan waras agar nanti
tidak tersalah pilih menyesal tiada berkesudahan. PRU-13 yang lalu
masing-masing sudah membuat pilihan. Ya, ternyata biarpun hanya mendapat
minoriti sokongan rakyat UmnoBn masih menang dan memerintah Malaysia. Apa pun
itu kenyataannya.
Kini, peluang sekali lagi memilih dalam PRK DUN 25 KAJANG, beruntunglah
rakyat Kajang kerana sekali lagi diberi peluang untuk memilih pemimpin yang
bakal menerajui gugusan Kajang. Biar pun sebelum ini ada cakap-cakap PRK bakal
membazirkan wang rakyatlah dan macam-macam yang diungkapkan. Pemimpin mereka boros
tak pula dihebohkan!.
Rakyat Kajang perlu buka mata seluas-luasnya, bahawa, sebelum PRU-13 telah
dijanjikan dengan pelbagai janji-janji manis oleh parti UmnoBn. Bermcam-macam
janji yang konon-konon akan ditepati, namun setelah mendapat kemenangan
minoriti, mereka tetap tidak melunaskan janji-janji mereka, janji dicapati.
Malah banyak perkara berlaku kepincangan dalam urus tadbir terus berlaku.
Rakyat sudah serik dan meluat dengan situasi yang berlaku sekarang,
kejayaan di Kajang nanti biarlah akan membangkitkan memontem rakyat untuk
mendukung cita-cita ke Putrajaya. Selagi Putrajaya tidak diambil alih, selagi
itulah kerakusan, pencabulan kuasa, rasuah, rompakan harta rakyat dan
lain-lainnya akan terus mereka lakukan. Mereka apa peduli dengan rakyat, rakyat
bila mahu undi baru bermesra dengan rakyat. Itulah sikap mereka.
Cukuplah apa yang berlaku sekarang, dengan harga barangan yang tinggi,
harga rumah yang terus naik, harga kereta tak turun-turun(janji dicapati) dan
macam-macam insiden yang berlaku dalam negara. Keselamatan negara, limpahan
warga asing, kes bunuh sana-sini, rompakan, itu semua melahirkan ketakutan pada
rakyat. Kesungguhan mereka untuk mengatasinya, tidak serius. Bila pada pemimpin
pembangkang, laju dan pantas tindakannya.
Ya, kita mengharapkan pengundi Kajang membuat pilihan bijak dan yakin
bahawa perubahan yang bakal mereka lakukan adalah titik tolak bagi menuju ke
Putrajaya. Ini bukan main-main, tapi inilah sebahagian impian dan kemahuan
rakyat Malaysia sekarang. Cukuplah kebosanan yang kita tanggung waktu kini.
Kita mahukan suasana baru yang menjamin hak-hak rakyat keseluruhannya.
Justeru itu, rakyat Kajang, jangan hampakan suluruh harapan kami, kami doakan
agar pengundi tetap dengan pilihan rakyat. Kami yakin, kami percaya mereka
sudah tidak sabar untuk menunjukkan sikap yang bistari dalam memilih pemimpin
pilihan mereka dan rakyat seluruhnya. Selamat mengundi!.
AYUH BERUBAH! SELAMATKAN MALAYSIA
Mari Kita Beri Sokongan
Insyallah, sama-sama kita doakan agar diberi kemenangan kepad Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam PRK N25 KAJANG, yang bakal diadakan pada 23hb 03 2014, Ahad ini. Seluruh pengundi N25 KAJANG dapat bersatu hati untuk menumbangkan umnoBN dan seterusnya memenangkan agenda rakyat di Kajang.
Teruskan perjuangan!.
Sajak: Kau Ingat Aku Percaya
Kau Ingat Aku Percaya
Kau ingat aku percaya
kau ingat aku terpedaya
dengan apa cerita fitnah direka
dengan apa berita penuh dusta.
Biar kau berjaya dia terpenjara
biar kuasa kau bermaharajalela
terus dipunggah harta negara
mengunung tinggi seolah pusaka.
Belum puas kau hidup di dunia
bodoh diperbodohkan kita
lembu diperlembukan mereka
saling bicara dusta nista melata.
Sudah-sudahlah kau di atas sana
hidup penuh dusta fitnah segala
untung rugi nasib diri manusia
kejam zalim padah neraka tempatnya.
Masshah 2014
9032014
Meru.
Tuesday, March 18, 2014
Berdoalah...Jangan Buat Spekulasi
Seantero benua memandang ke arah Negara kita, itu gara-gara kehilangan
kapal terbang MAS MH 370, sehingga kini belum ditemui, dari awal kehilangannya
hingga ke hari ini, hari ini sudah masuk hari kesebelas, namun bayang pun masih
tidak nampak. Rakyat dihalang daripada membuat spekulasi. Namun begitu, tiada
sesiapa yang tidak dapat membuat spekulasi, bagaimana kita boleh tidak membuat
spekulasi?.
Kita juga ada hak membuat andaian, rumusan, kesimpulan dan apa
sahaja pandangan apa yang berlaku kepada MH370.
Bila kita membuat andaian-andaian apakah bermaksud kita tidak simpati ke
atas mereka yang terlibat, para penumpang, anak-anak kapal, juruterbang dan
lebih-lebih lagi keluarga yang terlibat dalam kehilangan MH370 itu?.
Lebih-lebih lagi sekarang sudah semacam dipolitikkan. Sehingga begitu sekali mereka
lakukan, Mereka kata jangan buat spekulasi, tetapi sebaliknya mereka sendiri
membuat spekulasi. Untuk mereka boleh, tapi untuk rakyat, banyak ugutan dan
kekangannya.
Secara pribadi saya sangat bersimpati dan mendoakan agar MH370 segera dijumpai,
tidak kiralah apa yang nanti dijumpai bangkai kapal terbang atau sebaliknya
selamat aman damai, itu semua serba kemungkinan. Semua kerja Allah SWT, Dia
yang Maha Tahu. Sehingga hari ini, kecanggihan teknologi pun tidak dapat
menemuinya. Mudah-mudahan ada keajaibannya, kita berusaha, berdoa siang malam,
solat hajat mengharap bantuan Allah SWT agar segera merungkai misteri
kehilangan MH370 ini.
Namun di situ, bagai ada sesuatu kepelikan yang sedang berlaku, apakah,
mungkinkah, untuk apakah, ya...itu persoalan-persoalan yang bermain di kepala
otak saya kini. Namun untuk saya nyatakan di sini tidak perlulah, mana boleh
buat spekulasi, jangan memandai-mandai. Apa yang saya lihat semakin hari
semakin pelik, ya pelik, semacam ada satu misteri agenda
tersembunyi...entahlah...berdoa...berdoa...berdoalah...itu sahaja yang saya
dapat bicarakan.
Cukup sekadar ini, jangan buat spekulasi...!
AYUH BERUBAH! SELAMATKAN MALAYSIA.
Sajak: Hentikanlah Fitnah Itu
Sudah lama saya tidak menulis di blog ini, entahlah asyik tergendala sahaja. Turun naik semangat mahu menulis, banyak isu yang tidak dapat saya kongsi rasa dengan sahabat semua. Apa pun hati ini masih tetap mahu 'LAWAN TETAP LAWAN', undur selangkah tidak sekali-kali tidak. Hangatnya situasi politik kita tidak reda-reda lagi, selagi ada pertembungan selagi itulah ia akan tetap panas terus membahang.
Fitanh sana sini, tidak reda-reda lagi, fitnah terhadap ketua pembangkang terus menerus dilakukan oleh rejim itu. Tidak pernah berhenti walau seminit pun. Kerana mereka memang risau dan takut selagi yang bernama Anwar itu masih ada. Oleh itu ia mesti dinyahkan di persada politik tanahair, mereka fikir dengan mengnyahkan Anwar selesai permaslahan mereka, mereka bebas buat apa-apa sahaja?.
Mereka lupa dengan ribuan Anwar yang muncul, mereka fikir dengan terpenjaranya Anwar, mulut rakyat bungkem diam tidak buat apa-apa, silap dan terlalu silap jika puak-puak rejim ini fikir begitu. Rakyat semakin matang dan bijak, celik dan tidak buta melihat segala permainan licik dan jijik rejim. Semua masalah mahu dipersalahkan Anwar, pusing punya pusing Anwar juga yang kena. Mereka lebih takut Anwar dari Tuhan yang mereka sembah. Begitu sekali!.
Mari kita hentikan segala fitnah dan kejelikan ini, kita mahu bina bangsa yang bermaruah dan bertamadun. Bukan seperti sekarang, mahu gedung tinggi-tinggi tapi tamadunya hancur berkecai dek' jahanamnya rejim. Cukuplah bebelan ini. Nah, saya sajikan sebuah sajak, untuk direnung fikirkan, jika perlu.
Hentikanlah Fitnah Itu
Cukuplah sudah fitnah yang membarah
kerana ia membangkitkan resah amarah
saling sering bertikam lidah tidak sudah
membikin gawat hidup hati gelisah resah.
Hentikanlah pertikaman lidah bawa padah
fikiran kacau buntu membuat hidup susah
kerna gelisah fitnah memfitnah aib terdedah
segera hentikanlah sebelum segalanya musnah.
Adat perlawanan ada menang ada kalah
majoriti kurang itu petanda orang marah
banyak sangat skandal seleweng harta serta rasuah
jangan ingat itu semua orang tidak ambil kesah.
Sedar-sedarlah mereka yang sedang memerintah
jangan diikuti nafsu amarah membawa punah ranah
segeralah beringat kerna bumi sudah berasa marah
cukup sudah derita rakyat mengalah serta beralah.
Masshah 2014
18022014Meru.
AYUH BERUBAH! SELAMATKAN MALAYSIA
Subscribe to:
Posts (Atom)